Berita Pendidikan

Program Prihatin Kebajikan Sosial Dan Masyarakat SPRM Sarawak Bersama PERYATIM Sempena Ulang Tahun BPR/SPRM Ke-54

KUCHING, 30 Sept - SPRM Sarawak telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan kepada 106 orang anak-anak yatim bertempat di Kompleks Kebajikan Laila Taib, Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM), Kuching.

Program ini dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun BPR/SPRM ke-54 Tahun 2021 dengan tagline "Semarakkan Integriti, Rasuah Diperangi".

Program yang diketuai oleh KPKPj Mohd Zaki Hassan, Pengarah SPRM Sarawak telah disambut mesra oleh Tuan Haji Mohamad Azrai Haji Karim, Setiausaha Lembaga PERYATIM.

Program seumpama ini merupakan satu langkah menyebarluaskan mesej anti-rasuah serta membudayakan integriti di kalangan anak-anak yatim yang merupakan generasi muda yang bakal membimbing negara kita.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Haji Mohammad Salleh Haji Hamden, Ketua Pegawai Eksekutif PERYATIM; Puan Nor Aishah Tan Abdullah, Ahli Lembaga PERYATIM) serta Tuan Haji Nurie Hadi Latip, Ketua Cawangan Kompleks PERYATIM Kuching.

 


Hit : 355