Berita Terkini

SPRM Terengganu Sebar Mesej Antirasuah Kepada MBKT Terengganu Melalui Kunjungan Hormat

KUALA TERENGGANU, 27 Sept - KPKPj Ruslan Che Amad, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Haji Rozali Salleh, Datuk Bandar MBKT hari ini.

 

Kunjungan ini bertujuan memfokuskan kepada sejauh mana tindakan penguatkuasaan oleh MBKT terhadap aduan masyarakat setempat. Turut dibincangkan isu integriti dan perancangan bagi perlaksanaan program pencegahan rasuah bersama MBKT. 

 

Semoga dengan kunjungan ini dapat membawa kejayaan yang cemerlang melalui kerjasama kedua-dua pihak secara berterusan bagi membanteras jenayah rasuah.


Hit : 2622