Berita Terkini

SPRM Kelantan Serah Hamper Sempena Gobox Infak Cakna

PASIRPUTEH, 20 Sept – SPRM Kelantan menyantuni rakyat Kelantan dengan menyerahkan hamper makanan kepada Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh sempena Gobox Infak Cakna SPRM Kelantan dalam Program Bual Bicara Cabaran Penguatkuasa Pejabat Agama Jajahan Pasir Puteh pada hari ini.

Penyerahan hamper makanan telah disempurnakan oleh PKPj Hairul Ilham Hamzah, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Kelantan kepada Imam Tua Mohd Sabri Abdul Ghani.

Turut hadir dalam majlis ini ialah PsK Hamisah Salleh, Penolong Pengarah Pencegahan, Imam Tua Mohd Sabri Abdul Ghani dan Tuan Anuar Hashim, Pegawai Agama Jajahan Pasir Puteh.

 


Hit : 2781