Berita Terkini

Program Semarakkan Integriti SPRM Perak Bersama Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)

IPOH, 15 Sept – Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) komited memerangi rasuah di peringkat organisasinya menerusi Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MDBG 2021 – 2025 dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini melalui atas talian menggunakan Aplikasi Zoom Meeting dan Facebook live.

MDBG memberikan penekanan kepada unsur penerapan etika murni sebagai mekanisma pendedahan secara berterusan kepada warga kerja MDBG. Objektif utama OACP MDBG 2021 – 2025 adalah membentuk warga kerja MDBG yang berintegriti menerusi empat bidang keutamaan yang dirangka iaitu pengurusan undang-undang, kewangan, tadbir urus dan perkhidmatan. 

Diharapkan program yang diadakan ini akan meningkatkan lagi hubungan kerjasama strategik MDBG dengan SPRM Negeri Perak dalam memperkasakan integriti serta menyebarluas mesej pencegahan rasuah di negeri ini.


Hit : 2100