Berita Terkini

Kongres Mahasiswa Kelantan 2021 (KMK '21) Komited Perangi Rasuah Dengan Lafaz IBR Secara Maya

KOTA BHARU, 28 Ogos – Kongres Mahasiswa Kelantan 2021 (KMK '21) komited dalam memerangi jenayah rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan secara maya dengan menggunakan Aplikasi Zoom meeting dan Facebook live anjuran bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Kelantan, Yayasan Al Maauun (YAM) dan Majlis Belia Kelantan (MBK) pada hari ini.

Lafaz ikrar diketuai oleh Muhammad Irsyad Muhamad Amin, Penggerak Kongres Mahasiswa Kelantan dan disaksikan oleh KPKPj Rosli bin Husain, Pengarah SPRM Kelantan.

Lafaz IBR ini adalah simbolik kepada kesungguhan mahasiswa Kelantan bebas rasuah. KMK bersama 41 persatuan pelajar dan NGO Kelantan bersatu mencegah gejala tidak sihat ini dalam komuniti sekitar.


Hit : 2471