Berita Terkini

Lawatan Pencegahan Rasuah SPRM Kedah Sempena Hari Kemerdekaan Ke-64

ALOR SETAR, 29 Ogos - TPj Dato' Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Kedah telah membuat lawatan kepada frontliners di dua lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) OP Covid IPD Kota Setar dan satu lokasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke 64.

TPj Dato' Shaharom Nizam menyampaikan sumbangan kepada para petugas sebagai motivasi untuk terus bersemangat dalam meneruskan tugas mencegah penularan wabak Covid-19 yang melanda negara pada hari ini.

Turut hadir dalam program ini ialah PKPj Ting Ing Ping, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kedah; Dato’ Haji Mohd Asri Redha Abdul Rahman, Pegawai Daerah Kota Setar dan YDH DSP Hj Zulkifli Hj Azizan mewakili Ketua Polis Daerah Kota Setar, Kedah.


Hit : 170