Berita Terkini

SPRM Johor Jalin Hubungan Mesra Bersama NGO Kelab Sahabat Muafakat Johor Bharu Dan Pertubuhan Kebajikan Sosial Johor Bharu Dalam Menyuntik Semangat Patriotik

JOHOR BHARU, 25 Ogos – SPRM Johor bekerjasama dengan Kelab Sahabat Muafakat Johor Bharu dan Pertubuhan Kebajikan Sosial Johor Bharu mengadakan program bagi menyuntik semangat patriotik di kalangan warga SPRM Johor dan masyarakat di sekitar Johor Bharu bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-64 hari ini.

Program ini bertujuan bagi mengajak seluruh rakyat menghargai serta menjaga kemerdekaan dan keamanan yang dikecapi negara. Walaupun negara kini dilanda dengan pandemik Covid-19, namun semangat patriotisme dan cintakan negara tetap bersemarak di hati rakyat Johor.

YBhg Dato’ Azmi Haji Alias, Pengarah SPRM Johor mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli NGO dan mengucapkan penghargaan kepada NGO yang telah menyumbangkan 100 bendera kereta, 10 kotak pelitup muka dan 5 botol hand sanitizer  kepada pihak SPRM Johor bagi diagihkan kepada masyarakat Johor.

Semoga dengan kerjasama yang dijalinkan ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua pihak pada masa hadapan dan juga kerjasama lestari dalam usaha menyebarluas mesej antirasuah serta khidmat sosial kepada masyarakat.

Hit : 280

Warga SPRM