Berita Terkini

Program Jelajah Anti Rasuah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu

KUALA TERENGGANU, 25 Ogos - Program Jelajah Anti Rasuah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu berjaya dilaksanakan buat pertama kalinya oleh pihak JBPM Terengganu dengan kerjasama SPRM Terengganu hari ini secara dalam talian. 

PKPj Sofian Haroon, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Terengganu telah menyampaikan ceramah bertajuk "Bual Bicara: Integriti dan Rasuah" kepada lebih 500 pegawai dan kakitangan JBPM Terengganu yang terdiri daripada 17 buah balai bomba di Negeri Terengganu. 

Dalam ceramah tersebut beliau telah menerangkan mengenai bahaya rasuah dan kesannya terhadap diri individu serta organisasi serta pemantapan integriti sebagai penjawat awam. 


Hit : 2959