Berita Terkini

Pengarah Bomba Terengganu Mengadakan Pertemuan Secara Maya Bersama Pengarah SPRM Terengganu

KUALA TERENGGANU, 23 Ogos – KPKPj Ruslan Che Amad, Pengarah SPRM Terengganu menerima kunjungan hormat secara maya daripada Md. Hilman Abd Rashid, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu pagi ini.

Pertemuan ini bertujuan bagi menjalinkan hubungan strategik antara pihak JBPM Terengganu bersama SPRM Terenggamu dalam usaha pencegahan rasuah dan pengurusan integriti di JBPM Terengganu. 

Dalam pertemuan ini juga dibincangkan berkenaan dengan penganjuran program Jelajah Anti Rasuah di JBPM seluruh negeri Terengganu yang akan melibatkan 17 buah Balai Bomba serta 833 pegawai dan anggota Bomba seluruh Terengganu. 

Pengarah SPRM Terengganu menyambut baik cadangan pelaksanaan program pencegahan yang akan dilaksanakan secara usahasama antara pihak SPRM Terengganu dengan pihak JBPM Terengganu.


Hit : 3336