Berita Pendidikan

Misi Bantuan SPRM Kedah Kepada Mangsa Banjir Di Kampung Lubuk Boi, Yan, Kedah

ALOR SETAR, 22 Ogos – SPRM Kedah melaksanakan Misi Bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Yan, Kedah dengan kerjasama Encik Muhammad Ridzuan Osman dari Team Bantuan Sungai Petani dan Encik Omar, Ketua Kampung Lubuk Boi hari ini. 

Sumbangan ini telah disampaikan oleh KPKPj Mustafa Kamal bin Ahmad, Timbalan Pengarah Operasi dan PKPj Ting Ing Ping, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kedah adalah berupa pakaian serta air minuman bagi keperluan mangsa-mangsa banjir yang terjejas di kawasan Lubuk Boi, Yan.

Diharap dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan kesulitan kepada mangsa banjir.


Hit : 2358