Berita Terkini

Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kedah Warnai Kempen GEMPARK

ALOR SETAR, 18 Ogos – Seramai 55 orang warga kerja Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kedah menyertai Kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah Kedah (GEMPARK) 2021 menerusi atas talian hari ini.

Objektif utama kempen untuk memberi peringatan kepada penjawat awam agar menolak rasuah dan melaporkan perbuatan tersebut kepada SPRM adalah tercapai.

Para peserta diberikan pendedahan mengenai perihal integriti dalam kalangan penjawat awam, kesalahan-kesalahan rasuah, pengiktirafan kepada penjawat awam, hukuman rasuah, saluran untuk melaporkan rasuah serta kes-kes yang melibatkan perolehan.


Hit : 3174