Berita Terkini

Pengarah Perhutanan Perak Jalin Kerjasama Strategik Melalui Kunjungan Kepada Pengarah SPRM Perak

IPOH, 17 Ogos – YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi Haji Mohamad, Pengarah SPRM Perak menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Mohamed Zin Yusop, Pengarah Perhutanan Negeri Perak hari ini.

Kunjungan ini merupakan satu usaha bagi mengeratkan hubungan sedia ada ke arah hubungan strategik yang lebih erat bagi kedua-dua belah pihak.

Diharapkan dengan kerjasama yang terjalin ini akan meningkatkan hubungan baik antara keduanya dalam usaha menyebarluas mesej pencegahan rasuah di negeri ini.


Hit : 2503