Berita Terkini

Program Semarak Integriti SPRM Perak Bersama Syarikat Berkepentingan Perak Corporation Berhad

IPOH, 12 Ogos – SPRM Negeri Perak dengan jayanya menganjurkan 'Program Semarak Integriti' bersama semua pembekal dan kontraktor yang berkepentingan dengan Perak Corporation Berhad. Program yang diatur dengan norma baharu akibat pandemik Covid-19 ini diadakan secara atas talian melibatkan 35 orang peserta. 

Program ini bertujuan bagi mengingatkan, meningkatkan dan memberi kefahaman berkaitan rasuah dan Seksyen 17A iaitu undang-undang yang diguna pakai oleh SPRM yang termaktub dalam Akta SPRM 2009 bagi organisasi komersial. 

Program dimulakan dengan ucapan aluan dan diikuti dengan ceramah berkaitan Rasuah dan Seksyen 17A ASPRM 2009 yang telah disampaikan oleh Ps Hazirah Hussain, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Perak. 

Diharapkan program ini dapat mengeratkan hubungan kerjasama SPRM bersama syarikat swasta yang terlibat dalam memerangi jenayah rasuah di negara ini.


Hit : 2238