Berita Pendidikan

SPRM Terengganu Kukuhkan Kerjasama Bersama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Melalui Kunjungan

KUALA TERENGGANU, 11 Ogos - KPKPj Ruslan Che Amad, Pengarah SPRM Terengganu mengadakan kunjungan hormat kepada Encik Roslan Rani, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu hari ini.

Pertemuan ini membincangkan mengenai pelbagai isu-isu semasa berkaitan dengan kerjasama erat antara Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dengan SPRM Terengganu dalam meningkatkan tahap integriti di kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. 

Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu juga menzahirkan hasrat untuk menjalinkan usahasama dengan SPRM Terengganu dalam melaksanakan penguatkuasaan operasi bersama serta mengadakan program-program pencegahan.

Pertemuan yang diadakan ini mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN. 


Hit : 2766