Berita Terkini

SPRM Johor Jalin Kerjasama Bersama DBP Wilayah Selatan Bagi Pertandingan Melukis Dan Menulis Esei Bertemakan Integriti Dan Rasuah

JOHOR BHARU, 11 Ogos – Satu sesi perbincangan antara SPRM Johor dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Southern Zone secara online mengenai kerjasama bagi penganjuran pertandingan melukis dan menulis esei bertemakan Integriti dan Rasuah telah diadakan pada pagi ini.

Tujuan perbincangan ini diadakan adalah untuk menyelaraskan tugas dan peranan agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini yang dijangka diadakan pada bulan September 2021.

Objektif pertandingan ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang bahayanya amalan rasuah dan juga mendidik masyarakat mengamalkan gaya hidup berintegriti dalam kehidupan. Selain itu, fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka itu sendiri menggalakkan masyarakat menggunakan bahasa kebangsaan. Pertandingan ini terbuka kepada kategori pelajar sekolah menengah dan kategori pelajar IPT/Umum. 

Pada akhir perbincangan, SPRM Johor telah menyatakan sokongan dan kesudian untuk bekerjasama dengan DBPWS. Diharapkan juga kerjasama yang erat ini akan berterusan pada masa akan datang di mana kedua-dua pihak dapat berkongsi idea dan menyumbangkan kemahiran serta bidang masing-masing bagi meningkatkan sokongan masyarakat melalui program pencegahan rasuah.


Hit : 1577