Berita Pendidikan

Kunjungan Hormat Pengarah JIM Melaka kepada Pengarah SPRM Melaka

MELAKA, 6 Ogos – PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, Pengarah SPRM Melaka menerima kunjungan hormat daripada Tuan Anirwan Fauzee Mohd Aini, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka pada hari ini.

Kunjungan ini membincangkan jalinan kerjasama yang boleh diadakan di antara dua jabatan khususnya berkaitan penilaian risiko rasuah yang dihadapi oleh JIM semasa menjalankan tugas.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk merancang beberapa siri program pembudayaan integriti di kalangan warga JIM Melaka dan juga menyatakan hasrat untuk bersama-sama SPRM Melaka untuk membanteras jenayah rasuah dan salah guna kuasa di kalangan pegawai.  


Hit : 3143