Berita Terkini

Bual Bicara Pemantapan AMAR IPG Kolej Dato' Razali Ismail Bersama SPRM Terengganu

KUALA TERENGGANU, 8 Ogos - Program Bual Bicara Pemantapan Dan Hala Tuju Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) Institut Pendidikan Guru Kolej Dato' Razali Ismail (IPG KDRI) telah diadakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet pada hari ini.

PKPj Sofian Haroon, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Terengganu menyatakan bahawa SPRM Terengganu akan sentiasa berhubung dengan kepimpinan AMAR bagi memastikan supaya AMAR dapat meneruskan objektif, visi dan misi penubuhan AMAR secara keseluruhannya.

Turut dibincangkan mengenai perancangan aktiviti AMAR yang akan dilaksanakan pada masa akan datang serta hala tuju kepimpinan AMAR dalam memantapkan organisasi ini.

Turut serta dalam program ini ialah Tuan Haji Mohamad Fauzi Hassan, Pegawai Penyelaras AMAR; Muhamad Anas, Presiden AMAR IPG KDRI serta semua barisan kepimpinan AMAR IPG KDRI.


Hit : 2786