Berita Pendidikan

JANM Kedah Meriahkan GEMPARK 2021

ALOR SETAR, 3 Ogos – Kemeriahan Kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah Kedah (GEMPARK) turut dirasai bersama 82 orang warga kerja Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Kedah melalui atas talian.

Kempen ini yang telah dilaksanakan melalui atas talian yang disampaikan oleh Ps Izham Ibrahim, Ketua Cawangan Langkawi SPRM Negeri Kedah. Kempen ini telah disambut baik oleh warga JANM Negeri Kedah dalam memastikan objektif utama kempen iaitu memberi peringatan kepada penjawat awam agar menolak rasuah dan melaporkan perbuatan tersebut kepada SPRM adalah tercapai.


Hit : 1146