Berita Terkini

Program Motivasi: “Integriti Di Hati, Peribadi Disanjungi” Peranan Amar Sebagai Ikon Muda SPRM Peringkat Negeri Pahang

KUANTAN, 2 Ogos – Program Motivasi: “Integriti Di Hati, Peribadi Disanjungi” hasil kerjasama Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) Zon Pahang, SPRM Negeri Pahang, Majlis Belia Negeri Pahang dan FIKRAH Pahang dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting dan disiarkan secara langsung di akaun rasmi Facebook SPRM Negeri Pahang.

Program ini disertai seramai 140 orang ahli dan penyelaras-penyelaras AMAR daripada IPTA dan IPTS di Negeri Pahang iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan (IPG Lipis), Kolej Profesional MARA Indera Mahkota (KPMIM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan (KKTM), Kolej Poly-Tech MARA Kuantan (KPTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) Tan Sri Yahya Ahmad dan Kolej Universiti Widad, Kampus Kuantan.

Objektif program ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan hubungan ahli AMAR Zon Pahang dan SPRM Negeri Pahang disamping dapat meningkatkan semangat antirasuah untuk bersama-sama dengan SPRM dalam usaha menangani rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.


Hit : 2890