Berita Terkini

Sepetang SPRM Negeri Kedah Bersama Si Cilik Wira Anti Rasuah (WAR) Kedah

ALOR SETAR, 28 Julai –  Kemeriahan Program Sepetang SPRM Kedah Bersama Si Cilik Wira Anti Rasuah (WAR) dirasai oleh murid tahun 4 sehingga 6 bagi tiga buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat, Sekolah Kebangsaan Kelibang dan Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra Alor Setar, Kedah secara atas talian pada hari ini.

Para peserta disajikan info berkenaan generasi bermaruah dan pengenalan rasuah, diselang selikan dengan tontonan video Upin dan Ipin berkaitan rasuah.

Seramai hampir 80 orang si cilik WAR menunjukkan komitmen serta kesungguhan dalam menjayakan program ini.


Hit : 2162