Berita Pendidikan

Perkongsian Cabaran Penguatkuasa Di ICQS Kelantan Perangi Rasuah Semasa Pandemik Covid-19

KOTA BHARU, 25 Julai – SPRM Kelantan mengambil insiatif untuk mendekati 21 orang warga kerja Imigresen dengan mengadakan Program Bual Bicara/Perkongsian cabaran penguatkuasa di ICQS (Immigration,Customs, Quarantine and Security) dalam perangi rasuah semasa pandemik Covid-19 pada hari ini.

Pejabat Imigresen Negeri Kelantan yang terlibat adalah ICQS Rantau Panjang, ICQS Pengkalan Kubur dan ICQS Bukit Bunga.

Program yang dipengerusikan sendiri oleh KPKPj Rosli Husain, Pengarah SPRM Kelantan ini menyaksikan pelbagai perkongsian diutarakan berkaitan kawalan sempadan, isu rasuah serta salah guna kuasa yang dikongsikan dan dijawab dengan jelas.


Hit : 2508