Berita Pendidikan

Perbincangan Meja Bulat SPRM Perak Bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perak Wujudkan Hubungan Dua Hala

PERAK, 13 Julai – PKPj Jaafar Tajudin, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Perak mengadakan perbincangan meja bulat bersama Encik Aznan Haji Alias, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak.

Perbincangan ini merupakan satu usaha murni ke arah hubungan strategik yang lebih erat bagi kedua-dua belah pihak dalam usaha memerangi rasuah. 

Perbincangan antara dua agensi ini adalah berkaitan Program WAR serta Inisiatif 2.4.6 dan Inisiatif 2.4.11 Pelan Anti Rasuah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2021 iaitu Pertandingan Video Pendek WAR SPRM-KPM dan Pertandingan Mencipta Lagu dan Lirik WAR SPRM-KPM.

Diharapkan dengan perbincangan ini akan mewujudkan kerjasama yang berterusan dalam menyebar luas mesej pencegahan rasuah di sekolah-sekolah negeri Perak.


Hit : 2574