Berita Terkini

Kempen GEMPARK 2021 Bersama Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah (MPSPK)

ALOR SETAR, 5 Jul – SPRM Kedah telah mengadakan Kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah Kedah (GEMPARK) 2021 dengan slogan ‘Jangan Huloq, Jangan Amik’ bersama agensi penguatkuasa dari Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah (MPSPK) pada hari ini.

Objektif utama kempen ini ialah memberi peringatan kepada penjawat awam agar menolak rasuah dan melaporkan perbuatan tersebut kepada SPRM adalah tercapai. Kempen ini yang telah dilaksanakan melalui atas talian yang disampaikan oleh Ps Izham Ibrahim, Ketua Cawangan SPRM Langkawi.

Taklimat turut menyentuh perihal integriti dalam kalangan penjawat awam, kesalahan-kesalahan rasuah, pengiktirafan kepada penjawat awam, hukuman rasuah serta saluran untuk melaporkan rasuah.


Hit : 318