Berita Terkini

Dialog Santai Pengarah SPRM Sarawak Bersama Pengurusan dan AMAR i-CATS University College (UC)

KUCHING, 15 Jun – SPRM Sarawak telah menjayakan Dialog Santai Pengarah SPRM Sarawak bersama Pengurusan dan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) i-CATS University College yang dijalankan secara maya platform Zoom Online pada hari ini.

Seramai 95 orang tenaga pengajar, kakitangan serta mahasiswa mahasiwi AMAR i-CATS UC hadir dalam majlis ini.

Turut serta dalam majlis ini ialah KPKPj Mohd Zaki Hassan, Pengarah SPRM Sarawak, Mohd Isham Fauzi, Naib Canselor i-CATS UC; Rosmawati binti Priman, Timbalan Naib Canselor i-CATS UC dan PPj Katherine Nais, Ketua Cawangan PenMas SPRM Sarawak.


Hit : 2703