Berita Terkini

Pegawai SPRM perlu terapkan semangat berpasukan dalam bekerja

Putrajaya, 2 Jun – Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneguhkan jati diri dan integriti dalam diri, menjadi pegawai SPRM yang serba boleh serta sentiasa mengamalkan kerja berpasukan agar segala tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan bertanggungjawab.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata pegawai SPRM perlu sentiasa proaktif dalam usaha memerangi rasuah supaya jenayah ini dapat dihapuskan sekaligus memberi imej yang baik kepada jabatan.


Tambah beliau, pegawai SPRM juga perlu sentiasa menimba pengalaman sebanyak mungkin bagi membentuk jati diri pegawai yang lebih baik.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanatnya kepada 54 pegawai kadet baharu Siri 25 Bil. 1/2021 yang diadakan secara atas talian susulan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP 3.0 Fasa 1.

Turut menyertai sesi ini adalah 52 orang pegawai SPRM yang sedang berkhidmat (in-service) dan 6 orang Pegawai Pinjaman/Kontrak ke lantikan Pegawai Tetap.

Turut serta dalam sidang maya tersebut ialah Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Dato' Idris Zaharudin.

Hit : 2279