Berita Terkini

SPRM Kedah Santuni Asnaf Dalam Program Ziarah Kasih Ramadhan

CHANGLUN, 4 Mei - SPRM Kedah bersama-sama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kedah dan Hasani Edar Sdn Bhd  mengambil inisiatif mendekati golongan asnaf dengan mengadakan Program Ziarah Kasih Ramadhan 1442H pada hari ini.

Program ini bertujuan bagi menyampaikan bantuan sumbangan dalam pelbagai bentuk yang diagihkan khas kepada golongan asnaf untuk bersama menyambut hari lebaran serta merapatkan hubungan komuniti dengan agensi kerajaan dan swasta.

Sebanyak 30 golongan asnaf dari Mukim Temin dan Mukim Sg Laka telah menerima sumbangan duit raya, makanan harian serta rebat RM100 ke dalam akaun TNB golongan asnaf ini.

Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh TPj Dato' Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Negeri Kedah dan En Yazid Majid, Lead RA TNB.

Turut hadir dalam majlis ini ialah KPKPj Mustafa Kamal Ahmad, Timbalan Pengarah Operasi; PKPj Ting Ing Ping Timbalan Pengarah Pencegahan, pegawai-pegawai kanan SPRM Kedah dan wakil TNB Kedah.


Hit : 602