Berita Terkini

SPRM Johor Serah Semula Wang Program Subsidi Upah Kepada Pekerja

BATU PAHAT, 2 Mei – SPRM Johor telah mengadakan Program Menyantuni Masyarakat: Sinar Khas Ramadhan rentetan siasatan SPRM Johor berkaitan Program Subsidi Upah (PSU) yang mana pihak syarikat telah didapati mengemukakan tuntutan palsu kepada pihak Kerajaan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020.

Pada 3 Mac 2021, seorang Pengarah Syarikat di Machap, Johor telah didakwa atas kesalahan membuat tuntutan palsu Program Subsidi Upah. Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM20,000.00 atas dua kesalahan dan tuntutan berjumlah RM9,600.00 dilucuthak kepada Kerajaan manakala RM7,780.50 dikembalikan kepada pekerja yang layak.

Buat julung kalinya mahkamah memerintahkan supaya SPRM sendiri menyampaikan wang yang dituntut oleh syarikat tetapi tidak diserahkan kepada yang berhak.

Sumbangan diserahkan oleh TPj Dato' Hj Azmi Alias, Pengarah SPRM Johor kepada lapan orang pekerja yang layak. Program ini menunjukkan SPRM bukan sahaja menangkap pemberi dan penerima rasuah, bahkan membela nasib pekerja yang dinafikan hak mereka oleh individu atau syarikat.


Hit : 2041