Berita Pendidikan

SPRM Johor Jalin Kerjasama Strategik Melalui Kunjungan Hormat Kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor

JOHOR, 26 Apr – PKPj Sheikh Hamadi Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Johor mengadakan kunjungan hormat kepada Encik Hasan Rashid, Ketua Penolong Pengarah Kanan Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) hari ini.

Kunjungan ini bertujuan bagi mengukuhkan kerjasama antara SPRM Johor dengan JPNJ dan membincangkan program Wira Anti Rasuah (WAR) oleh pihak SPRM. Pada kesempatan ini juga pihak SPRM diberi penerangan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) bagi melaksanakan program yang melibatkan pelajar sekolah.

Pihak JPNJ berharap kerjasama antara SPRM Johor dapat diteruskan di masa hadapan dalam setiap aktiviti atau program pencegahan anjuran JPNJ.


Hit : 3149