Berita Terkini

SPRM, Axiata & Celcom Bincang Hasrat Kerjasama Strategik

PUTRAJAYA, 21 APRIL - Kerjasama strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Axiata Group Berhad (Axiata) & Celcom Axiata Berhad (Celcom) diperkukuhkan dalam membantu untuk memperkasakan agenda pencegahan rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, agenda pencegahan rasuah perlu diperluaskan serta diperhebatkan lagi bagi memberi kesedaran tentang bahayanya jenayah ini.

"Saya berpendapat, Axiata dan anak syarikatnya, Celcom telah melakukan pelbagai usaha serta tanggungjawab dalam konteks tatacara yang mencukupi sebagai komitmen syarikat bagi menutup ruang dan peluang rasuah daripada berlaku dalam organisasinya," katanya.

Tambah beliau, SPRM bersedia untuk bekerjasama dengan Axiata dan Celcom dalam berkongsi pandangan, penambahbaikan sistem dan prosedur untuk sebarang inisiatif pembuat polisi serta mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM pada masa akan datang.

Turut hadir Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata Group Berhad, Dato’ Izzaddin Idris; Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Tuan Mohamad Idham Nawawi; Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM, Datuk Razim Mohd Noor dan Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) SPRM, KPKPj Nazli Rasyid Hj Sulong.

Hit : 2130