Berita Terkini

SPRM Sabah Sebar Mesej Antirasuah Kepada KPLB Sabah Melalui Kunjungan Hormat

KOTA KINABALU, 20 Apr - TPj Karunanithy A/L Y. Subbiah, Pengarah SPRM Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada Encik Faimin Kamin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah di Bangunan Wisma KPLB, Kota Kinabalu pada pagi ini.

Kunjungan ini bertujuan bagi menjalinkan kerjasama strategik antara KPLB Negeri Sabah dengan SPRM Sabah. Selain itu, perbincangan diadakan berkaitan memperkasakan lagi platform  Jawatankuasa Antirasuah dalam mengenal pasti dan menambahbaik prosedur atau dasar di peringkat negeri Sabah hinggalah diangkat ke peringkat Nasional bagi menutup ruang dan peluang berlakunya rasuah.

Diharapkan dengan kerjasama yang terjalin ini akan meningkatkan hubungan baik antara keduanya dalam usaha menyebarluas mesej pencegahan rasuah di negeri ini.

Hit : 3076