Berita Terkini

Kunjungan Hormat KP SPRM ke Atas KSU KBS

PUTRAJAYA, 19 Apr. – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk M Noor Azman Taib di sini, hari ini.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk membincangkan penempatan semula pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) secara peminjaman di SPRM bagi membantu merancang dan menyelaras program melibatkan kumpulan sasar belia dan ahli sukan.

Dalam pertemuan ini turut dibincangkan berkaitan penarafan tahap risiko rasuah di JBSN yang telah dikategorikan sebagai berisiko tinggi oleh SPRM.

Sementara itu, lawatan ini juga merupakan langkah proaktif untuk membincangkan cadangan penubuhan unit integriti di JBSN, program kolaboratif dua hala KBS dan SPRM, Majlis Pelancaran OACP 2021-2025 serta syor SPRM berhubung pendidikan warga KBS terutamanya di peringkat akar umbi berhubung governans, integriti dan antirasuah.

Pertemuan ini juga turut membincangkan langkah pencegahan mengatasi berlakunya ketirisan serta kerjasama dengan SPRM untuk melaporkan perbuatan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Datuk Seri Azam juga turut dibawa melawat dinding aspirasi Visi Sukan Negara (VSN) 2030 dan meberikan pendapat serta aspirasi beliau terhadap pelaksanaan VSN2030.

Turut hadir Ketua Pengarah JBSN, Dato’ Dr Hjh Wasitah Hj Mohd Yusof; Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM, Datuk Razim Mohd Noor dan Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM, KPKPj Nurahim Ab Rahim.


Hit : 1948