Berita Terkini

Menteri Besar Perak Lancar Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Perak

IPOH, 14 Apr –  Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Negeri Perak 2021-2025 telah disempurnakan oleh Dato' Saarani Mohamad Menteri Besar Perak bersama Dato' Ahmad Suaidi Abd Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan disaksikan oleh TPj Dato' Hj Mohd Fauzi Hj Mohamad, Pengarah SPRM Negeri Perak bertempat di Pejabat Menteri Besar Perak pada hari ini.

Dengan terhasilnya OACP ini, setiap jabatan kerajaan negeri akan dapat melaksanakan kawalan dalaman bagi menangani isu berkaitan rasuah di negeri ini. 

Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Azmir Shah Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Perak; Nor Sham Abd Rahman, TSUK (Pengurusan) dan Halizah Sipun, TSUK (Pembangunan).


Hit : 3134