Berita Terkini

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Jalin Kerjasama Dua Hala Bersama SPRM Terengganu Melalui Kunjungan Hormat

KUALA TERENGGANU, 13 Apr - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Terengganu menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Zainal Abidin Mohamed, Timbalan Setiausaha Kerajaan (TSUK) Negeri Terengganu hari ini.

Rombongan TSUK disambut oleh PKPj Sofian Haroon, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Terengganu mewakili Pengarah SPRM Terengganu.

Satu sesi diskusi dua hala telah diadakan sempena kunjungan hormat ini. Diskusi dua hala ini menjadi platform perbincangan untuk berkongsi pandangan berkaitan dengan isu-isu rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa serta isu-isu integriti dalam pentadbiran kerajaan Negeri Terengganu.

Turut sama dalam kunjungan hormat ini lima Ahli Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Kerajaan Negeri Terengganu.


Hit : 668