Berita Pendidikan

Pelancaran MACC Pahang Tiktok Challenge Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pahang Disambut Meriah

KUANTAN, 12 Apr - SPRM Pahang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang mengambil inisiatif menggunakan medium aplikasi TikTok di media sosial sebagai platform penyampaian mesej antirasuah secara dalam talian.

TPj Datuk Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM telah  merasmikan dan menyempurnakan gimik pelancaran 'MACC Pahang TikTok Challenge' sebagai tanda bermulanya pertandingan ini pada 12 April 2021 hingga 3 Mei 2021.

Program ini adalah berbentuk sebuah pertandingan video berdurasi pendek yang dipertandingkan di sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan di seluruh Negeri Pahang.

Turut hadir dalam majlis ini KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@ Hamim, Pengarah SPRM Pahang;  Encik Mohammad Rosli Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid, JPN Pahang; KPKPj Ab Muniem Ibrahim, Ketua Seksyen Outreach, PenMas SPRM;  Puan Norizan Abu Samah, Ketua Seksyen Penerbitan PenMas SPRM serta pegawai SPRM.

Hit : 3438