Perbadanan Labuan Sahut Seruan SPRM Dengan Lafaz IBR
LABUAN, 11 Apr - Perbadanan Labuan mengambil inisiatif untuk melafaz serta menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini.
Lafaz IBR diketuai oleh Dr. Fary Akmal Osman, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Perbadanan Labuan dan disaksikan oleh PPj Mohd Yusizzudin Mohd Yusof, Pengarah SPRM WP Labuan.
PPj Mohd Yusizzudin turut memperingati warga Perbadanan Labuan agar lafaz IBR haruslah dihayati, dilaksanakan dan diterjemahkan dari sudut perbuatan serta mampu menanamkan rasa kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam membanteras jenayah rasuah.