Berita Pendidikan

Negeri Roadstone Sdn Bhd Komited Perangi Rasuah Dengan Lafaz IBR

SEREMBAN, 12 Apr - Negeri Roadstone Sdn Bhd menyokong penuh inisiatif SPRM dalam membendung jenayah rasuah dengan melafaz serta menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Hotel Royale Chulan Seremban pada hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Muhammad Haqime bin Amdan, Pengarah Urusan Negeri Roadstone Sdn Bhd dan disaksikan oleh KPKPj Mohamad Zakkuan Talib, Pengarah SPRM Negeri Sembilan.

Seramai 60 orang kakitangan dan pegawai hadir dalam majlis ini. Peserta turut didedahkan dengan perkongsian ceramah bertajuk ‘Tanggungjawab Liabiliti Korporat’ oleh KPKPs Zamruddin Muhidin, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Sembilan.


Hit : 2632