Berita Pendidikan

Rasuah Busters Lancar Program '100 Juta Langkah Menentang Rasuah'

SHAH ALAM, 12 Apr -  Rasuah Busters telah melancarkan Program 100 Juta Langkah Menentang Rasuah bertempat di Dewan Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam pada hari ini.

Pendaftaran program boleh dibuat menggunakan link https://cps4.me/100juta. Program ini mampu menjadi platform untuk menanamkan kesedaran dalam kalangan semua rakyat Malaysia mengenai keruntuhan moral yang disebabkan oleh rasuah.

Turut diumumkan dalam majlis ini ialah penggabungan NGO dalam memantapkan lagi visi dan misi membanteras jenayah rasuah.

Pegawai SPRM yang hadir menjayakan majlis ini diketuai oleh PKPj Alexander S.Kunghi, Ketua Seksyen Pendidikan PenMas; PPj Shahliza Mohd Said, Ketua Cawangan Penyelidikan PenMas serta pegawai-pegawai SPRM.


Hit : 2564