Berita Terkini

Program WAR Peringkat Sekolah Rendah Daerah Seberang Perai Utara Pulau Pinang Bantu Bentuk Generasi Muda Berintegriti

GEORGE TOWN, 8 Apr – Seramai 30 orang murid Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Tasek Gelugor, Pulau Pinang telah mengikuti Program Wira AntiRasuah (WAR) peringkat sekolah secara atas talian pada hari ini.

Program Wira AntiRasuah (WAR) ini turut menguji pengetahuan dan kemahiran murid menjawab soalan kuiz berhubung SPRM dan nilai-nilai  murni serta positif seperti tidak bercakap bohong, jujur, amanah dan patuh pada peraturan yang perlu diterapkan pada usia yang muda.

Turut hadir dalam program ini ialah Mohd Zubir Mat Zain, Guru Besar SK SPU;  Nur Shazwani Shuib dan Mohd Mubarag Mansor, guru pengiring SK SPU.


Hit : 2641