Berita IBR

KPDNHEP Putrajaya Zahirkan Sokongan Hapuskan Rasuah Melalui IBR

KUALA TERENGGANU, 11 Apr - Seramai 34 Pengarah-Pengarah dan Pegawai Kanan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dari Sektor Pendayaupayaan Pengguna dan Sektor Pengurusan telah menzahirkan lafaz  dan menandatangani dokumen Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu hari ini.

PKPj Sofian Haroon, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Terengganu telah menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Bual Bicara Integriti dan Rasuah' kepada TKSU serta semua Pengarah-Pengarah bahagian dan pegawai-pegawai kanan Sektor Pendayaupayaan Pengguna dan Sektor Pengurusan KPDNHEP, Putrajaya.

Lafaz ikrar diketuai oleh Encik Muhamad Zahari Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) KPDNHEP dan disaksikan oleh KPKPj Ruslan Che Amad, Pengarah SPRM Terengganu. Selesai ikrar, majlis diteruskan dengan sesi simbolik menandatangani dan penyerahan dokumen IBR.

Hit : 418