Berita Pendidikan

JPJ Johor Tekad Perangi Rasuah Dengan Lafaz IBR

JOHOR, 7 Apr - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada Majlis Konvensyen Muafakat JPJ Negeri Johor yang diadakan di Bangunan Jubli Intan Johor Bahru pada hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Tuan Gobinath A/L Supramaniam, Pegawai Penguatkuasaan JPJ Negeri Johor dan disaksikan oleh PKPj Sheikh Hamadi Hj Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri Johor.

Seramai 200 orang pegawai JPJ turt serta dalam majlis ini.


Hit : 2113