Berita Terkini

Jabatan Perhutanan Negeri Melaka Komited Perangi Rasuah Dengan Lafaz IBR

MELAKA, 7 Apr – Jabatan Perhutanan Negeri Melaka telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Tuan Khirun Nizam Abdul Rahim, Pengarah Negeri dengan disaksikan oleh PsK Ahmad Faizul Abdul Rashid, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Melaka.

Seramai lebih kurang 40 orang warga kerja menunjukkan komitmen yang tidak berbelah dalam usaha pencegahan jenayah rasuah selaras dengan hasrat SPRM.


Hit : 2569