Berita IBR

50 Wakil Syarikat Rakan Niaga Seliaan Alam Flora Sdn Bhd Wilayah Tengah Lafaz IBR

SHAH ALAM, 6 Apr - Kesungguhan dan komitmen Syarikat Alam Flora Sdn Bhd memastikan seluruh operasinya dijalankan dengan telus telah diterjemahkan dengan menandatangani dan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini.

Sebanyak 50 wakil daripada kesemua syarikat kontraktor pembersihan dan kutipan dibawah lantikan mereka telah melafaz IBR yang diketuai oleh Encik Hazlan Mohd Zain daripada syarikat Hazman Enterprises mewakili rakan-rakan daripada syarikat lain dan disaksikan oleh YBhg Dato' Haji Mohd Zain Haji Mohd Hassan, CEO Alam Flora serta KPKPj Tuan Haji Abdul Razak Deraof, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Selangor.

Majlis berakhir dengan penyampaian dan pertukaran cenderamata serta sesi bergambar
Hit : 2529