Berita IBR

Suruhanjaya Tenaga Pejabat Kawasan Negeri Sembilan dan Melaka Zahirkan Sokongan Melalui IBR

MELAKA, 6 Apr – Suruhanjaya Tenaga bagi Pejabat Kawasan Negeri Sembilan dan Melaka menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini.

Seramai lebih kurang 10 orang warga kerja Suruhanjaya Tenaga Negeri Sembilan dan Melaka telah melafaz IBR yang diketuai oleh Ir. Tuan Haji Nur Ali Za Omar, Pengarah Kanan Kawasan dan disaksikan oleh PsK Ahmad Faizul Abdul Rashid, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Melaka.

Suruhanjaya Tenaga telah menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam usaha pencegahan jenayah rasuah dan memupuk nilai integriti dalam kalangan warga kerjanya selaras dengan hasrat SPRM.

Hit : 2617