Berita IBR

Panorama Langkawi Sdn Bhd Sahut Seruan SPRM Cegah Rasuah Melalui Lafaz IBR

LANGKAWI, 4 Apr Syarikat Panorama Langkawi Sdn Bhd merupakan syarikat swasta di Langkawi yang pertama membuka tirai tahun ini dengan menzahirkan lafaz dan menandatangani IBR bagi membendung kegiatan rasuah di kalangan mereka.

Seramai 48 pegawai dan ketua Jabatan Syarikat Panorama Langkawi telah melafaz IBR yang diketuai oleh Encik Rohizat Hashim, Ketua Pegawai Operasi dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Negeri Kedah.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Encik Rohizat Hashim, yang menyatakan sokongan penuh ke atas usaha SPRM dalam mencegah rasuah. Selanjutnya, ucapan oleh YBhg Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap, yang menyentuh perihal berkaitan tujuan dan kepentingan pelaksanaan IBR serta tindakan berikutnya yang boleh dilaksanakan demi memastikan rasuah dapat dibasmi di Negeri jelapang padi ini.

Hit : 370