Berita Pendidikan

SPRM Johor Berkolaborasi Bersama ADUN Kawasan Endau dalam Program Jelajah Pulau Bersama Pemimpin 2021

MERSING, 4 Apr – SPRM Johor mengadakan kolaborasi bersama ADUN Kawasan Endau YB. Hajah Alwiyah Haji Talib bagi melaksanakan Program Jelajah Pulau yang melibatkan lima pulau dalam jajahan Mersing iaitu Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi. Program ini berlangsung selama dua hari bermula 3 April 2021. 

Inisiatif ini merupakan satu platform bagi mempromosikan SPRM kepada masyarakat untuk melaporkan gejala rasuah serta meningkatkan sensitiviti penduduk di pulau-pulau berkenaan serta kesan melakukan kesalahan rasuah.

Secara tidak langsung ini dapat mengikis persepsi negatif penduduk setempat terhadap SPRM dan peka bahawa jenayah rasuah ini perlu dihapuskan secara bersama.

Hit : 3153