Kolumnis@SPRM

Wanita harus memainkan peranan dalam usaha pembanterasan rasuah

Dato' Junipah Wandi
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM

Menurut statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dari tahun 2015 hingga 2020, jumlah wanita yang ditangkap atas kesalahan rasuah adalah 678 orang. Daripada jumlah itu, 252 wanita telah dituduh di mahkamah dan 104 disabit kesalahan. Berdasarkan ini, jelas bahawa ada segelintir wanita terlibat dalam jenayah berkaitan rasuah.

Menjadi kewajipan seseorang wanita untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam rasuah, namun wanita juga perlu untuk menjaga ahli keluarga yang lain supaya turut tidak terjebak dalam rasuah. Isteri mesti mengemukakan persoalan jika suami mereka memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada gaji asalnya, atau jika dia disyaki mempunyai pendapatan lain. Sekiranya seseorang wanita mengetahui bahawa suami, ayah atau abang mereka menyalahgunakan kuasa, maka wanita itu tidak boleh membiarkannya tetapi perlu mengambil langkah wajar bagi mengelakkan dan menyekat mereka daripada terus melakukan perkara tidak bermoral itu. Sekiranya wanita mempunyai kesedaran dan pendedahan terhadap betapa bahayanya rasuah, maka sudah tentu mereka dapat menghalang ahli keluarga mereka daripada terperangkap dalam jenayah rasuah.

Kanak-kanak hari ini merupakan barisan kepimpinan esok. Adalah menjadi tanggungjawab dan tugas setiap wanita untuk melahirkan masyarakat yang berfikiran dan berkelakuan sihat tanpa rasuah. Pemikiran dan langkah-langkah untuk melahirkan generasi sihat harus bermula dari setiap rumah. Pemikiran yang sihat, kejujuran, amanah, tidak curang, tidak mengambil rasuah, tidak menyalahgunakan kuasa merupakan antara sifat yang membentuk masyarakat yang berfikiran sihat.

Wanita harus memainkan peranan penting dalam mewujudkan masyarakat dengan sifat-sifat seperti itu. Tiada perkara di dunia ini yang wanita tidak mampu lakukan. Justeru, ayuh wahai kaum wanita, kita mara bersama untuk mengatakan tidak kepada rasuah dan menghapuskannya. Ayuh, kita mara bersama untuk melahirkan generasi akan datang yang bersih, sihat tanpa rasuah.

Sumber :  Tamil Malar



Hit : 3568