Berita Pendidikan

Menteri Besar Selangor Lancarkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Sempena Majlis IBR Invest Selangor Berhad

SHAH ALAM, 25 Mac – Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) anak-anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI melalui penganjuran Majlis IBR Invest Selangor Berhad bersama SPRM Negeri Selangor telah diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini.

Lafaz IBR Invest Selangor Berhad telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Hasan Azhari Haji Idris, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad dan diteruskan dengan majlis menandatangani IBR. Majlis disaksikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Alias Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Invest Selangor Berhad oleh YB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor yang juga merangkap Pengerusi Invest Selangor Berhad. Pelancaran OACP Invest Selangor Berhad ini merupakan yang pertama dilaksanakan oleh anak syarikat MBI.

Dalam ucapan YBhg. Dato’ Hasan Azhari, beliau berterima kasih kepada pihak SPRM Negeri Selangor atas sokongan dan panduan sehingga terlaksananya majlis IBR ini dan pelancaran OACP Invest Selangor Berhad. Beliau turut menekankan pentingnya nilai integriti dalam diri setiap individu dalam memastikan jenayah rasuah dan penyelewengan tidak berlaku.


Hit : 2632