Kes-kes Menarik

Kakitangan Mahkamah Syariah Perlis direman minta suapan

Seorang kakitangan Mahkamah Syariah Perlis direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan dakwaan meminta suapan sebagai dorongan mempercepatkan proses permohonan sabitan nasab atau permohonan dokumen anak tidak sah taraf.

Mahkamah Syariah Perlis direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan dakwaan meminta suapan sebagai dorongan mempercepatkan proses permohonan sabitan nasab atau permohonan dokumen anak tidak sah taraf.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Kamaliza Md Zain di Mahkamah Majistret Kangar, selepas suspek dibawa ke mahkamah pagi ini.

Sumber berkata, penahanan suspek berusia 41 tahun itu dilakukan selepas menerima aduan awam mengenai kegiatan dilakukan suspek.

"Suspek disyaki meminta suapan sebanyak RM5,500 pada 17 Mac lalu daripada seorang pemohon dokumen bagi mempercepatkan permohonan dokumen anak tidak sah taraf.

"Bagi kes ini suspek dipercayai sudah mengambil RM3,000 daripada jumlah diminta dan mengeluarkan resit palsu kepada pemohon," katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu, suspek ditangkap di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis di Kangar jam 5.30 petang semalam.

Sumber berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Suzeliyana Hashim mengesahkan penahanan suspek terbabit.

Sumber : Berita Harian


Hit : 620