Berita Terkini

Kunjungan Hormat Pengarah SPRM Sarawak Kepada Ketua Polis Daerah Kuching

KUCHING, 24 Mac – KPKPj Mohd Zaki Hassan, Pengarah SPRM Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat kepada YDH ACP Awang Din Awang Gani, Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kuching hari ini.

Objektif kunjungan hormat tersebut adalah untuk mempereratkan hubungan baik kerjasama di antara SPRM Sarawak dan IPPD Kuching yang tersedia ada di samping berbincang program pencegahan dan aktiviti yang boleh dilaksanakan bersama pada masa akan datang.

YDH ACP Awang menzahirkan komitmen untuk bekerjasama dan memberi sokongan sepenuhnya kepada SPRM dalam memartabatkan usaha pembanterasan jenayah rasuah serta membudayakan nilai-nilai integriti di kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Hit : 3647