Berita Pendidikan

SPRM Selangor Sambut Mesra Kunjungan Hormat YARM

SHAH ALAM, 24 Mac – TPj Dato' Hj Alias Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor menyambut baik kedatangan Encik Mohd Rafee Md Aris, Pemangku Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) bertempat di SPRM Selangor pada hari ini.

Antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat ini ialah perancangan bentuk kerjasama dalam aktiviti pencegahan rasuah yang boleh dilaksanakan secara lebih efektif dan menyeluruh kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya dalam konteks di Negeri Selangor dalam situasi negara yang sedang dilanda Covid-19 ini.

Turut hadir dalam program ini ialah KPKPj Hj Abdul Razak  Deraof, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Selangor, PPj Kamaruzaman Yusoff, Ketua Unit PenMas SPRM Selangor serta pegawai-pegawai SPRM Selangor.


Hit : 5082